fb fb fb fb fb

Simpan barang kawalan tanpa lesen, KPDNHEP Melaka rampas minyak masak dan gula pasir bernilai RM7,000

KRUBONG, 10 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merampas sejumlah 460 kilogram (kg) minyak masak botol dan seribu 176 kg gula pasir bernilai kira-kira RM7,000.

Rampasan berkenaan dibuat dalam satu serbuan di sebuah premis yang dipercayai menjadi stor penyimpanan barangan kawalan tanpa lesen milik sebuah kedai runcit di Ayer Keroh Selasa lalu.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, serbuan berkenaan hasil maklumat orang awam sebelum pihaknya melakukan risikan bersama pengadu dan rampasan dibuat.

Hasil siasatan mendapati pemilik kedai runcit berusia lingkungan 60-an itu memang berniat menyorok barangan kawalan terbabit untuk dijual dengan harga lebih mahal daripada pasaran.

“Jadi, kita nak bagi amaran, sekali lagi kita tidak akan kompromi dengan mana-mana peruncit yang didapati menyimpan brang kawalan.

"Sekiranya ingin membuat penyimpanan dalam kadar yang besar mohon datang kepada kami untuk mendapatkan permit khas penyimpanan, kami akan beri bergantung kepada kebesaran stor
simpanan,"katanya.

Dalam sidang media di krubong itu, Norena berkata, kes disiasat di bawah seksyen 20(1) Akta kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesen.

Dalam pada itu, katanya, Ops Terjah yang dijalankan kini dengan kerjasama orang awam yang menjadi mata dan telinga KPDNHEP negeri sangat membantu pihaknya dalam membanteras isu berkaitan barangan kawalan ini.


(Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar)

Media Baharu