fb fb fb fb fb

115 inisiatif dan enam strategi digariskan NACP untuk banteras rasuah - Mas Ermieyati

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Tangkapan rasuah semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai penunjuk bagi mengukur keadaan rasuah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan proaktif tidak hanya melibatkan penguatkuasaan malah daripada aspek pencegahan, pendidikan serta dasar-dasar kerajaan.

Katanya, bagi memperlihatkan keseriusan kerajaan dalam memperkemas agenda membanteras rasuah, sebanyak 115 inisiatif dan enam strategi digariskan bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

"Kerajaan berusaha agar dapat sama-sama memperkemaskan agenda membanteras rasuah bagi sektor perkhidmatan awam, politik, entiti korporat, agensi penguatkuasaan, serta pihak berkepentingan yang secara tidak langsung dapat diharapkan memberi kesedaran kepada masyarakat, akan kesan rasuah kepada negara," katanya.

Impak hasil perlaksanaan inisiatif ini akan membawa kepada perubahan besar dalam perjalanan semua enam bidang utama yang terkandung di bawah NACP dan hanya boleh dilihat dalam jangka masa panjang.

Beliau menjawab soalan Senator Aknan Ehtook.


(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin)

Media Baharu