fb fb fb fb fb

Operasi carilamat bot karam di perairan Terengganu dipergiat

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat bot nelayan tempatan yang karam 10 batu nautika dari Pulau Redang Isnin lalu, terus dipergiat.

Dalam kejadian tersebut, mangsa terselamat Mohd Kamaruddin Yudi, 31 tahun manakala lima lagi dipercayai hilang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata ke semua mangsa berusia antara 31 hingga 66 tahun.

"Bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran TFA 124 itu keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan," kata kenyataan dikeluarkan APMM Terengganu.

Maritim Rescue Sub Centre Kuantan juga sudah diaktifkan untuk mencari bot berkenaan.

Sektor pencarian hari kedua diperluas sehingga 242 batu nautika dan beberapa aset sudah diatur gerak awal pagi tadi.


(APMM memperluas sektor pencarian lima mangsa hilang akibat bot karam)

Media Baharu