fb fb fb fb fb

Penstriman 'over-the-top': Buat kawalan kendiri dalam memilih rancangan untuk ditonton- Zahidi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak meliputi skop tapisan kandungan program yang disiarkan dalam platform penstriman berpengkalan di luar negara seperti Netflix dan Amazon.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ia berbeza dengan perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk kepada rangka kerja pelesenan dan tapisan bawah perundangan sedia ada.

"Penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut. Sehubungan dengan itu, tumpuan terarah kepada usaha melaksanakan program advokasi bagi menggalakkan pengguna melakukan kawalan kendiri dalam memastikan wujudnya kematangan dalam pemilihan rancangan atau program yang mahu ditonton dalam platform OTT," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Amad Yahaya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di Parlimen.

Tambahnya, para ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk melaksanakan kawalan dengan meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah.

Ini untuk memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat mengakses semua kandungan yang tidak sesuai.


(FOTO FAIL/ BERNAMA)

Dalam pada itu, Zahidi memaklumkan, kerajaan bersama institusi keagamaan akan terus berusaha mengekang elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosi melalui filem atau media sosial di negara ini.

"Baru ini kita ada satu filem, "sensorship" tak lepas iaitu filem Thor yang ada menyentuh tentang LGBT, namun kita lihat ada banyak sangat filem LGBT yang terlepas tapisan maknanya kalau ada aduan tapi cara mereka buat filem untuk promosi LGBT, cara macam tak nampak.

"Dalam negara kita tegas, tapi platform luar negara, dalam dunia internet kita tak dapat kawal. Contoh kita buka satu platform, kita nak tengok LGBT keluar, kita sekat, dia masuk balik, selain itu porno dan judi.

"Kita minta masyarakat tolong pihak kita, kita kawal kita ambil tindakan, tapi bukan senang, macam saya katakan tadi, ada aplikasi di Tiktok juga yang promosi LGBT," jelasnya.

Media Baharu