fb fb fb fb fb

Sime Darby Property sasar jual 1,557 unit hartanah, suku kedua 2023

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Sime Darby Property Bhd optimis terhadap pertumbuhan industri hartanah tahun ini.

Bagaimanapun, pemaju hartanah itu masih memantau rapat impak daripada kenaikan kadar faedah dan perkembangan ekonomi semasa.

"Kita semua berada dalam persekitaran yang menyaksikan bank pusat cuba untuk menaikkan kadar faedah, pertumbuhan lebih perlahan dan ringgit cuba distabilkan.

"Bagaimanapun, tujuan kami adalah untuk menjual rumah dan pengguna, sensitif terhadap kenaikan harga. Jadi ia memerlukan langkah yang seimbang dan tentunya kami akan melakukan apa yang terbaik,"kata Datuk Azmir Merican, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd.

Jelasnya, momentum jualan pada suku pertama menyaksikan kadar pembelian melebihi 85% bagi projek yang dilancarkan pada tempoh tersebut.

Bagi suku kedua, syarikat berhasrat melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.3 bilion membabitkan 1,557 unit.

56% daripada produk baharu merupakan kediaman bertanah, manakala selebihnya pembangunan bertingkat dan projek perindustrian.


(Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd, Datuk Azmir Merican)

Media Baharu