LANGKAWI, 26 Mei- Sebarang ketirisan pelbagai sumber utama negara hendaklah dibendung sepenuhnya.
Pekara itu boleh dicapai jika semua pihak memahami kesan-kesan buruk ketirisan dan tanggungjawab moral masing-masing.
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, "adalah wajar nilai-nilai murni sejagat dan kesedaran keagamaan diterapkan secara berterusan ke dalam minda setiap anggota dan peringkat masyarakat.
"Seluruh jentera juga diseru bertindak dengan cekap dan bijaksana dalam menguruskan sumber-sumber dan keutamaan negara serta organisasi," katanya ketika melawat pameran aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Baginda berdua meluangkan masa kira-kira tiga jam menyaksikan pertunjukan udara dari pasukan Black Eagles, Jupiter dan Flanker, disusuli lawatan ke pameran yang sedang berlangsung serta pesawat yang mengambil bahagian pada LIMA'23.
Pada masa yang sama kerjasama lebih erat dan intensif daripada semua pihak termasuk sektor swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan diperlukan untuk merancakkan lagi agenda pembangunan negara.
(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat pameran aeroangkasa di MIEC)