fb fb fb fb fb

Sikat kutu purba ditemui dengan inskripsi Kanaan berusia 3,700 tahun

TEL LACHISH, 16 November- Sebuah inskripsi dengan bahasa Kanaan yang berusia 3,700 tahun ditemui pada sikat gading.

Seorang ahli arkeologi, Yosef Garfinkel berkata, artifak itu membuktikan penggunaan abjad Kanaan dalam kehidupan seharian ketika itu.

Universiti Hebrew menerusi kenyataan memaklumkan, sikat berkenaan ditemui pada tahun 2017 namun tulisan berkenaan tidak disedari sehingga awal tahun ini.

"17 huruf tertera pada sikat membentuk tujuh perkataan yang membawa maksud 'semoga gading ini menghilangkan kutu rambut'.

Sekaligus menunjukkan bahawa sikat itu digunakan untuk menghilangkan kutu," menurut kenyataan itu.

(Ahli arkeologi menyedari terdapat inskripsi bahasa Kanaan pada
sikat kutu purba berusia kira-kira 3,700 / Foto AFP)

Lakhis merupakan sebuah bandar utama Kanaan.

Ahli arkeologi telah menemui 10 inskripsi di kawasan itu, tetapi sikat berkenaan menandakan 'keseluruhan ayat lisan' pertama yang ditulis dalam bahasa yang dituturkan oleh penduduk Lachish purba.

Sikat tersebut berkemungkinan objek mewah yang diimport, kerana tiada gajah Kanaan.- AFP

Media Baharu