fb fb fb fb fb

Remaja pecah rekod dunia, selesai 6,931 kiub rubik dalam tempoh 24 jam

BRITAIN, 16 November- Seorang remaja dari Britain memacahkan rekod dunia apabila berjaya menyelesaikan 6,931 kiub rubik dalam tempoh 24 jam.

George Scholey, 20 tahun mengatasi rekod 5,800 kiub rubik diselesaikan dalam tempoh sama oleh seorang pemuda dari Kanada, Eric Limeback pada tahun 2013.

Menurut Scholey, dia agak kecewa kerana gagal mencapai sasaran iaitu 7,000 kiub rubik.

"Tempoh paling sukar apabila memasuki jam ke-12.

Saya agak keletihan, namun semua orang teruja dan memberi sokongan supaya saya mengatasi rekod terdahulu," katanya.

(George Scholey mengambil masa kira-kira 12 saat untuk menyelesaikan
satu kiub rubik / Foto GUINESSWORLDRECORDS)

Scholey merupakan juara bertahan bagi permainan kiub rubik di Britain dan disenaraikan sebagai salah seorang ‘speedcubers’ paling pantas oleh Persatuan Kiub Rubik Dunia.

Media Baharu