fb fb fb fb fb

LKIM bina dua kilang proses ikan

PERAK, 16 November- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menambah dua lagi kilang memproses ikan bagi menampung permintaan yang tinggi terutama di Pantai Timur.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, setakat ini, sebuah kilang di Besut telah siap dibina dan dijangka beroperasi sepenuhnya, tahun depan.

Jelas beliau, masalah kekurangan bekalan isi ikan bukan baharu dan sering berlaku setiap kali musim tengkujuh.


(Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal)

"LKIM baru siap bina kilang dan tahun depan insya-Allah kita dapat menyediakan 500 metrik tan di Kuala Besut Terengganu kita bercadang bina satu lagi kilang di kuatan dan satu kilang lagi di kawasan sungai tinggi ini," katanya ketika Program Jelajah Prihatin LKIM bersama nelayan Sungai Tinggi du Jeti LKIM Kuala Trong, Sungai Tinggi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan LKIM bersedia menyediakan bot bagi membawa pengundi sekiranya banjir berlaku ketika hari pengundian.

Bagaimana, bantuan tersebut hanya akan digerakkan selepas mendapat nasihat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Media Baharu