fb fb fb fb fb

PRU15: Terengganu umum cuti gantian 20 November

(Foto fail)

KUALA TERENGGANU, 16 November- Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan cuti gantian pada 20 November ini (Ahad) bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia selaras dengan langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan cuti umum pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

"Secara automatiknya pada hari Ahad juga berlaku cuti, oleh kerana pada hari Sabtu adalah hari cuti di Terengganu. Bila isytihar cuti maka dibawa sehari pada hari Ahad, jadi pada hari Ahad cutilah. Ini bukan keputusan kerajaan negeri, ini isytihar kerajaan Pusat," kata Ahmad Samsuri selepas Majlis Dialog Awam Mahasiswa Terengganu 2022 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.


(Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri berkata negeri Terengganu mengumumkan cuti gantian pada
20 November ini)

Media Baharu