fb fb fb fb fb

Program penunaian BKM fasa 4 di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 16 November- Program penuaian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 4 berlangsung di Kuala Selangor hari ini.

Agihan melibatkan 32,000 penerima dengan nilai berjumlah RM12 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul berkata beliau percaya bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang menerimanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program beramah mesra Program Bersama Hasil di sini.

Tambahnya, agihan BKM di Kuala Selangor bermula pada 15 hingga 18 November.

Ia termasuk 4,000 penerima tunai dengan nilai bantuan sebanyak RM1 juta.

Untuk BKM Fasa 4 Kuala Selangor hari ini setiap penerima yang layak, menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

"Saya berterima kasih sangat-sangat kepada yang memberi BKM kepada saya dan yang memberi pun saya bersyukur menerima kepada Allah," kata penerima Jabidi Anuar.

"Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih," ujar salah seorang lagi penerima, Salahan Selamat.

"Ya terima kasih banyak- banyak kepada kerajaan bagi makcik ini , makcik pun ada anak istimewa satu rumah," penerima, Rohani Mohamad.


(Program penuaian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 4 berlangsung di Kuala Selangor
hari ini)

Media Baharu