fb fb fb fb fb

China, Jepun bina hubungan dua hala selaras era baharu

BEIJING, 16 November- China dan Jepun akan mengendalikan perbezaan dengan baik dan membina hubungan dua hala selaras era baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.

(Mao Ning, Jurucakap Kementerian Luar China / Foto REUTERS)

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan bertemu Presiden China, Xi Jinping esok tatkala ketegangan di Asia meningkat seperti di Taiwan dan Korea Utara.

Kishida berkata, beliau berharap pertemuan dengan Presiden Jinping akan membantu dalam membina hubungan yang kukuh dan stabil dengan negara tembok besar itu.

Kishida, yang bercakap kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak G20 di Bali juga berkata, terdapat pelbagai peluang yang dikongsi Jepun dengan China selain cabaran dan kebimbangan.

Media Baharu