
LABUAN, 8 April – Cubaan menyeludup kira-kira 1,000 liter diesel bernilai lebih RM8,000 berjaya digagalkan pihak berkuasa menerusi Op Tiris 4.0 dan Op Taring Gelora Khas di sini pada Selasa.
- Diesel disimpan dalam tong drum dan disembunyikan di bawah kanvas.
- Kegiatan disyaki penyelewengan untuk dijual semula pada harga lebih tinggi.
- Barang kes disita untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961; operasi dijalankan bersama Polis Marin melibatkan perairan, pesisir dan jeti.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Junaidah Arbain mendedahkan, kesemua diesel disimpan dalam tong drum dan disembunyikan di bawah kanvas.
Ia dipercayai bagi tujuan penyelewengan sebelum dijual semula pada harga lebih tinggi.
“Kesemua barang kes disita untuk siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan, individu atau pihak terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 21 akta berkenaan,” katanya.
Operasi bersepadu dilaksana KPDN Labuan bersama-sama Pasukan Polis Marin melibatkan kawasan perairan, pesisir pantai dan jeti di pulau berkenaan.