fb fb fb fb fb

PRU15: Calon PH Padang Serai meninggal dunia

KULIM, 16 November- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya meninggal dunia, hari ini dipercayai akibat serangan jantung.

Berita kematian mendiang yang merupakan penyandang kerusi parlimen tersebut disahkan, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Karupaiya memperolehi 31,724 undi dan menewaskan calon daripada Pas dan Barisan Nasional dengan majoriti 8,813 undi.

(M. Karupaiya/Foto BERNAMA)

Media Baharu