fb fb fb fb fb

Program Usahawan Muda Terengganu, Kelantan tarik minat 1,400 peserta

(Datuk Rosol berucap pada Perasmian PUM22 peringkat Zon Pantai Timur di Dewan
Akademi Binaan Malaysia Jenagor, Kuala Berang/SSM)

HULU TERENGGANU, 16 November- Program Usahawan Muda (PUM22) siri ke-6 peringkat negeri Terengganu dan Kelantan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berjaya menarik minat 1,400 penyertaan terdiri daripada pelajar politeknik, kolej komuniti, pusat latihan GIATMARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dari kedua-dua negeri pantai timur itu.

Sekali gus berjaya melibatkan 6,000 pelajar secara keseluruhan.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, PUM22 merupakan program khas dianjurkan bagi memberi kefahaman berkaitan tatacara serta perundangan dikawal selia SSM berhubung keperluan dan faedah perniagaan.

Ini termasukl strategi perniagaan dan pengurusan wang, serta strategi pemasaran digital dan perkongsian bersama usahawan berjaya.

"Percuma kepada pelajar yang berdaftar pada hari ini. Di samping itu kita juga beri taklimat ataupun ceramah berkaitan pengurusan, simpan kira dan sebagainya. Kerana masalah kita kebanyakannya mereka peniaga-peniaga. Kita tahu untuk nak buat rekod dalam perniagaan mereka. Jadi adanya program sebegini di samping dapat percuma hadiah daripada SSM mereka juga dapat ilmu-ilmu lain," kata Rosol di Majlis Perasmian PUM22 peringkat Zon Pantai Timur di Dewan Akademi Binaan Malaysia Jenagor, Kuala Berang di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab.

Mengikut rekod SSM, dari 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2022, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) adalah melebihi 43,000 pendaftaran, terdiri daripada 19,758 pelajar IPT dan 23,365 usahawan B40.

(Program Usahawan Muda Terengganu, Kelantan tarik minat 1,400 peserta/SSM)

Media Baharu