fb fb fb fb fb

Sikap kasih sayang hormat sesama rakyat pacu pembangunan negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, roh ihsan yang menekankan kasih sayang, penghormatan dan penghargaan sesama rakyat perlu dijulang dalam memacu pembangunan negara.

Beliau menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, aspek keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan bagi memastikan kestabilan pentadbiran negara.

"Ini selaras dengan konsep Madani yang menuntut kita semua untuk mengenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara, baik untuk hari ini dan juga hari mendatang.

"Selamat menyambut ulang tahun buat seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya," katanya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI