fb fb fb fb fb

Sidang Khas Parlimen dimulakan dengan ucapan takziah susulan pemergian Tun Abdullah

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Sidang Khas Parlimen dimulakan dengan ucapan takziah susulan pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menyampaikan ucapan takziah dan memaklumkan bahawa negara telah memberikan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah dengan menyemadikan jenazah di Makam Pahlawan.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah. Kita mohon kepada Allah agar roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh,”

"Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang pemimpin yang sederhana tetapi telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan awal termasuk dalam reformasi Parlimen. Beliau adalah sosok yang akan terus dikenang dan dipandang tinggi di sepanjang sejarah negara ini," katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, sambil menyifatkan jasa beliau kepada negara amat besar dan akan terus dikenang sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghormatan, semua Ahli Parlimen beragama Islam diminta berdiri dan membacakan surah Al-Fatihah, manakala Ahli Parlimen bukan Islam turut bertafakur selama seminit.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI