fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 : Perayauan ASEAN bakal diperkenal

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil

DILI, 25 September - 'ASEAN Roaming' atau Perayauan ASEAN bakal diperkenal, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaanya memudahkan keterhubungan telekomunikasi serantau, khususnya dengan penglibatan Timor Leste.

"Supaya dari segi pelancong dari Malaysia yang berkunjung ke Timor Leste dapat menggunakan internet lebih mudah dan lebih baik.

"Jadi banyak syarikat telekomunikasi ada perancangan 'roaming' masing-masing, tapi saya telah arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengadakan perbincangan segera untuk kita lihat apakah cara terbaik kita laksanakan", katanya.

MCMC juga akan berkongsi kepakaran dengan Timor Leste dari aspek capaian internet di negara itu.

Liputan internet menjadi cabaran dengan hanya kira-kira 15 peratus penduduk daripada keseluruhan 1.4 juta menggunakan telefon pintar.

Datuk Fahmi berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri mengakhiri lawatan ke Timor Leste.

Menurutnya, keterhubungan menjadi tumpuan utama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang Kepengerusian ASEAN.

ROSLINA BINTI DIN