RIYADH, 20 Oktober- Pusat Media di Marriot Riyadh mula menjadi tumpuan wartawan bagi membawa perkembangan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang berlangsung hari ini.
Sidang kemuncak tersebut yang dihoskan Arab Saudi julung kali diadakan antara ASEAN dengan negara-negara teluk.
Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan kenyataan di pentas berkenaan.
Antaranya mengetengahkan konflik semasa Israel-Palestin.
Malaysia merupakan negara koordinator bagi rantau ASEAN untuk Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.

(Malaysia merupakan negara koordinator bagi rantau ASEAN untuk
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.)
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.)
Artikel Berkaitan:
PM tiba di Riyadh, hadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan GCC