fb fb fb fb fb

SHRIMP 2022 himpun 220 pakar

(Ahmad Hamzah)

PUTRAJAYA, 8 Jun- Seramai 220 pakar dan delegasi dihimpunkan pada Persidangan dan Pameran Perdagangan Udang Dunia (SHRIMP 2022) yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini di sini.

Persidangan tersebut memberi ruang kepada pemain industri untuk membincangkan isu keselamatan makanan.

Ia merangkumi perdagangan dan pasaran udang, teknologi akuakultur, makanan dan nutrisi serta biosekuriti makanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah memaklumkan Malaysia terpilih untuk mempengerusikan persidangan tersebut buat kali pertama tahun ini yang dilaksanakan secara fizikal dan hibrid.

"Persidangan dan pameran pada hari ini bertujuan menemukan pihak berkepentingan untuk bertukar pandangan dan mencari kaedah baharu mengikut kehendak pasaran global serta mengenai cabaran-cabaran perdagangan. Dalam masa sama kita adakan padanan perniagaan dan pameran teknologi.

"Persidangan ini kita juga akan memberi dimensi baharu kepada pasaran udang untuk peringkat sedunia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan berkenaan, di sini hari ini.

(Ahmad pada SHRIMP 2022 di Putrajaya)

Dalam pada itu, Ahmad turut menyeru agensi perikanan untuk bersama meningkatkan sosioekonomi nelayan dan mengembangkan industri perikanan negara.

Ini bagi memastikan kesinambungan bekalan makanan negara dan meningkatkan nilai eksport udang terutama apabila menyedari pasaran yang tinggi bagi sektor tersebut.

Pada tahun lalu, eksport udang meningkat sebanyak 23.6% kepada 38,689 metrik tan.

Media Baharu