KUALA LUMPUR, 8 Jun - Pelan Perlindungan Hospital diberi secara percuma kepada penumpang syarikat pengangkutan tersebut.
Ini seiring kempen ‘Selesa dan Selamat’ yang dilancarkan Rapid KL.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’, pelan itu merangkumi perlindungan hospital percuma selama tiga bulan kepada 50,000 penumpang terawal Rapid KL.
(Mohd Azharuddin berkata demikian ketika merasmikan
Kempen 'Selesa dan Selamat' Rapid KL di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kampung Batu)
"Kami mengucapkan kan terima kasih kerana berikan produk dan manfaatkan kepada kami secara percuma .Kami juga memperkenalkan teruja membantu memperkembangkan stesen-stesen terpilih pada fasa pertama," kata Mohd Azharuddin di sini.
Pelan tersebut bagi memberikan perlindungan tambahan kepada para penumpang Rapid KL dan bagi menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan darat khususnya mereka yang berkerja di sekitar Lembah Klang.
Dalam pada itu, Mohd Azharuddin berkata, Rapid KL turut memperkenalkan satu lagi inisiatif mesra pelanggan yang dinamakan Duta Rel.
Seramai 1,200 kakitangan Rapid KL ditugaskan bagi memupuk budaya baharu dalam mengendalikan para penumpang.