fb fb fb fb fb

K-KOMM sasar tingkat adaptasi karya ke layar perak

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) yakin sinergi 'Book to Screen' yang kini menjadi trend dalam industri kandungan kreatif perlu terus diperhebat.

Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerjasama antara penulis novel dan penerbit dapat melahirkan lebih ramai pengarah yang inovatif dalam melahirkan sesebuah karya bermutu tinggi.

Ujarnya, K-KOMM menerusi FINAS akan terus memperkasakan pembangunan industri kandungan kreatif di Malaysia dan memacu kejayaan negara di pentas Oscar.

"Saya berharap, kita minta bahawa di masa depan kita akan beri galakan lagi kepada penerbit-penerbit filem di Malaysia untuk membuat supertelefilem dan juga filem, tapi kita harap bahawa bukan sahaja Finas yang terlibat tapi kita minta syarikat Telco dan banyak lagi syarikat yang boleh memberikan sumbangan untuk kita majukan filem-filem di negara ini," katanya.

(Zahidi Zainul Abidin/BERNAMA)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Supertelefilem 'Bangkitkan Aku Kembali' hasil adaptasi pemenang Anugerah Buku Negara 2018, di sini hari ini.

Tambah Zahidi, sasaran sinergi 'Book to Screen' itu adalah sebanyak 420 karya.

Jelasnya, industri perlu membangkitkan semula ekosistem kandungan kreatif, lebih-lebih lagi setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik dalam mewujudkan peningkatan sosioekonomi buat pengkarya kandungan kreatif.

Media Baharu