fb fb fb fb fb

KKM pertimbang pembangunan silibus, modul perubatan AI

Lukanisman Awang Sauni / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbang cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor kesihatan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni, ia memerlukan perbincangan bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebelum sebarang tindakan diambil.

"Cadangan tentang membangunkan modul pembelajaran AI di IPT akan kita bincangkan dan juga bahagian perkembangan perubatan sedang mengkaji dengan teliti berkenaan tentang penggunaan AI ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun di Dewan Rakyat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM