KOTA TINGGI, 9 Jun- Cubaan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia masuk ke negara ini melalui Kota Tinggi, Johor digagalkan Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM, malam tadi.
Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengesan bot berkelajuan tinggi dari Tanjung Balai, Indonesia menuju ke di Pulau Che Kamat.
Menyedari kehadiran TLDM, bot berkenaan memecut laju untuk berpatah balik keluar dari perairan negara.
Bagaimanapun, bot itu terbalik dan kedua-dua PATI berkenaan berjaya diselamatkan sebelum diberkas.
Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
(Dua PATI warga Indonesia yang gagal masuk ke negara ini melalui Kota Tinggi ditahan malam tadi)