KUALA LUMPUR, 5 Februari- Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) masih belum dimuktamadkan.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, projek dengan anggaran kos RM9.8 bilion itu, menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Pelaksanaanya memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
"Kita belum memberikan tender kepada mana-mana pihak kerana perlu melalui proses Request for Proposal (RFP) terlebih dahulu, sama ada syarikat konsesi berminat atau tidak perlu dinilai, memandangkan kadar tol dari hujung ke hujung dianggarkan bernilai RM70.
"Ini menimbulkan persoalan sama ada lebuh raya ini berdaya saing dan mendapat sambutan," katanya ketika menjawab soalan tambahan wakil Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman di Dewan Rakyat di sini.