Tarian Singa Guangdong: Singkap keunikan budaya lebih 1,000 tahun

Tarian Singa cukup signifikan kepada kaum Cina yang merujuk kepada simbol tuah, kegembiraan dan mengelak kejahatan.

Tarian tradisional yang meniru pergerakan singa ini, sering dimainkan pada upacara istimewa seperti perayaan dan majlis perkahwinan.

Wartawan, Roziehanis Abdul Rahman merantau ke negara Tembok Besar China bagi menyingkap keunikan budaya yang dikatakan telah wujud lebih 1000 tahun lalu.