fb fb fb fb fb

Banjir Perak : Jumlah penduduk terjejas banjir di PPS SK Changkat Lebak meningkat

FOTO APM Kerian

IPOH, 21 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Changkat Lobak, Bagan Serai meningkat kepada 27 orang daripada lima keluarga, setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 16 orang daripada tiga keluarga pada 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan menaklumkan, limpahan air Sungai Kerian semalam, menyebabkan kawasan Kampung Matang Tengah dinaiki air.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula memaklumkan Jalan Raya Timur Barat Kupang Gerik-Jeli, Hulu Perak kekal satu lorong dibuka untuk laluan akibat tanah runtuh, selain laluan FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak di Kerian jalan dibuka kepada kenderaan berat sahaja.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE