fb fb fb fb fb

SHMMP-HRP 2022: 10 kes langgar AKHAP 2011

PUTRAJAYA, 5 Mei - 6,702 premis perniagaan di peringkat borong dan runcit telah diperiksa sejak pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 dari 26 April hingga 4 Mei.

10 kes didapati melanggar perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam dalam kenyataan berkata kesalahan yang dikesan melibatkan kegagalan mematuhi keperluan tanda harga dan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum.

Penguatkuasaan terhadap pelaksanaan SHMMP-HRP 2022 akan diteruskan di seluruh negara hingga tamat tempoh pelaksanaan pada 10 Mei.

(Foto fail)

"Penentuan harga maksimum ayam dan telur akan terus berkuat kuasa hingga 5 Jun.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan-peraturan bawah skim berkenaan," menurut kenyataan itu.

Mengulas mengenai keputusan kerajaan melalui KPDNHEP memanjangkan penguatkuasaan SHMMP-HRP 2022 dari 26 April hingga 10 Mei dari tarikh asal 6 Mei beliau berkata, langkah itu amat tepat kerana membolehkan seluruh Keluarga Malaysia berbilang kaum meneruskan tradisi kunjung-mengunjung dan rumah terbuka dalam suasana harmoni dan selamat.

Media Baharu