fb fb fb fb fb

SHMMP Aidilfitri bermula esok - KPDN

SETAPAK, 14 April- Menjelang seminggu sebelum Aidilfitri, peniaga-peniaga di ibu negara dilihat kekal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri meski penguatkuasaannya bermula esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninjau sendiri suasana peniaga-peniaga di sekitar Pasar Chow Kit dan mendapati harga-harga barangan yang dijual adalah terkawal.

"Rata-rata saya meninjau sendiri di lokasi perniagaan, setakat ini, semua peniaga mengikut arahan serta patuh kepada kawalan harga yang ditetapkan.

Tidak ada yang menaikkan harga secara melampau atau mengikut sesuka hati mereka," kata Salahuddin kepada pemberita hari ini dalam sidang media Jualan Rahmah Courts, di sini.

Beliau menyambut baik inisiatif gedung perabot dan elektrik pertama yang menyertai Program Rahmah dalam usaha membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga lebih rendah sekali gus meringankan kos sara hidup rakyat.

Tambahnya, para peniaga dinasihat untuk meletakkan tanda harga bagi menggelakkan kompaun daripada pihak penguatkuasaan.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu