
KOTA TINGGI, 14 Mac- Sebanyak 23 jenis barangan disenaraikan bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 di Johor, bermula hari ini hingga 18 Mac.
- SHMMP melibatkan produk tempatan dan import.
- Contoh barangan import: daging kerbau India, lobak merah, bawang putih, ubi kentang China dan kubis bulat Indonesia.
- Semua peniaga diwajibkan memaparkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan di bawah skim kawalan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, barangan terlibat merangkumi produk tempatan dan import.
“Antara barangan import ialah daging kerbau India, lobak merah, bawang putih, ubi kentang China serta kubis bulat Indonesia.
Barangan tempatan pula melibatkan daging lembu, ikan kembung, ikan selayang, bawang merah, bawang kuning serta cili kering kerinting,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran SHMMP Hari Raya Puasa 2026 di Kota Tinggi, Johor.
Tegasnya, semua peniaga diwajibkan memaparkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan yang berada bawah skim kawalan harga.