fb fb fb fb fb

Shazalli Ramly dilantik penasihat media dan komunikasi strategik PMO

Mohammed Shazalli Ramly

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO), berkuat kuasa semalam.

Pelantikan Mohammed Shazalli, 63, adalah bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 18 Ogos.

"Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai penasihat media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.

"Beliau juga akan ditugaskan untuk menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia MADANI,” menurut kenyataan PMO hari ini.

Pada 18 Ogos, Rozaid, 60, meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, tidak lama selepas beliau dibenarkan keluar dari Hospital Serdang.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan untuk rawatan masalah jantung.

Allahyarham Rozaid dilantik sebagai Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023.

SITI AISHAH MD ISA