fb fb fb fb fb

Lupus hutang FELDA, Shabery nafi kenyataan Muhyiddin

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 8 Julai- Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin bahawa hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 bilion dilupuskan pentadbiran negara terdahulu.

Menerusi Facebook, Shabery berkata ia hanya janji namun tidak dilaksanakan.

"Ia hanya janji, tapi tak laksana. Sebab tak ada hitam putih dengan Felda untuk bantu selesaikan hutang yang banyak itu.

"PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Kerajaan Perpaduan baru-baru ini putuskan penyelesaian. Buat Perjanjian dengan FELDA untuk selesaikan sukuk.

"Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada FELDA untuk selesaikan hutang itu," katanya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu