fb fb fb fb fb

Sewa kedai, pengangkutan antara faktor lain penentu harga makanan selain bahan mentah

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Mustahil untuk menurunkan harga makanan sekiranya ia diukur berdasarkan penurunan harga bahan mentah semata-mata.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan menegaskan, faktor lain seperti sewa kedai, upah pekerja dan kos pengangkutan turut memainkan peranan dalam menentukan harga makanan.

"Pelanggan boleh memilih lokasi yang bersesuaian dengan kemampuan dan cita rasa masing-masing di samping melihat sendiri harga yang dipapar dan dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kalau datang di kawasan Wangsa Maju, sewa di sini pun sudah hampir RM25,000 sebulan, tapi kita tidak jual harga yang mengarut dan kita tengok keadaan juga," katanya.

(Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Presiden PRESMA)

PRESMA mempunyai 4,000 ahli dengan lebih 10,000 rangkaian restoran di seluruh negara .

Media Baharu