fb fb fb fb fb

Anggota polis terbabit pertubuhan haram diberi notis tahan tugas

KUALA TERENGGANU, 24 Januari- Seramai 10 anggota polis di Dungun yang disyaki terbabit dengan sebuah pertubuhan haram dikenali sebagai kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang sudah diberi notis tahan tugas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata mereka antara 14 pegawai dan anggota yang bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ditahan Jumaat lalu kerana terlibat dalam aktiviti berunsur keganasan.

Turut ditahan tujuh orang awam berusia 21 hingga 49 tahun yang dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan haram itu sejak 2021.

Lapan kereta, lapan bilah senjata berbahaya, telefon bimbit dan peralatan lain yang digunakan untuk upacara mengangkat sumpah juga dirampas.

"Ahli kumpulan ini dikenal pasti terlibat dengan beberapa kes berunsurkan keganasan ataupun elemen gangster contohnya menjadi orang tengah untuk mengutip wang hutang ah long dan menarik kereta. Mereka dipercayai menggunakan elemen kekerasan dengan ugutan jenayah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mengulas lanjut, katanya kesemua 21 suspek yang ditahan dalam Op Selendang itu direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Ketua kumpulan tersebut seorang peniaga dikenali sebagai Hussin Hassan, 39 tahun ditahan di Dungun.


(Mengulas lanjut, katanya kesemua 21 suspek yang ditahan dalam Op Selendang
itu direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966)

Media Baharu