fb fb fb fb fb

Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin

PUTRAJAYA, 7 Januari - Setiap negeri mempunyai Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi pengusahasilan balak yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara (MTN).

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, setiap negeri sebenarnya mempunyai jadual penerbangan tahunan dan kuota yang ditetapkan berdasarkan Kriteria dan Petunjuk Malaysia untuk Pensijilan Pengurusan Hutan (MC&I) sejak 2012.

"Saya pernah berada dalam exco negeri Kelantan setiap negeri mempunyai kuota dia tiap tahun yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara...yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli-ahlinya terdiri daripada Menteri Besar serta Ketua Menteri. Mungkin saya tak pasti kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan tu akan cek balik dan hubungi dengan beliau. Tetapi pada asasnya kita ada CTT, Catuan Tebangan Tahunan yang ditetapkan berdasarkan kepada pensijilan Malaysian Criteria Indicator for Forest Management Certification (MCNI).. tu sejak 2012 catuan ini ada, setiap negeri tak boleh menebang dan mengeluarkan kayu balak melebihi kuota daripada ditetapkan", kata Takiyuddin

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menentukan kuota penebangan balak, sebaliknya kegiatan tersebut dilakukan mengikut perkara yang termaktub bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Datuk Seri Takiyuddin berkata, beliau akan menghubungi Datuk Mohd Amar bagi mendapatkan pencerahan berhubung kenyataannya itu.

 

Media Baharu