fb fb fb fb fb

Lebih 4,700 penduduk terjejas banjir di empat negeri masih berlindung di PPS

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Seramai 4,782 penduduk di empat negeri terjejas banjir masih berada di 70 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10 malam ini.

Empat negeri terlibat ialah Johor, Pahang, Melaka dan Sabah.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka yang terjejas daripada 1,335 buah keluarga.

Johor masih merekodkan jumlah penduduk paling ramai dipindahkan iaitu 3,985 daripada 1,106 keluarga.

Kesemua mereka berlindung di 57 PPS.

Sementara itu, di Pahang, 8 PPS masih dibuka dengan menempatkan 374 penduduk daripada 115 keluarga.

Manakala di Melaka, seramai 406 penduduk daripada 108 keluarga ditempatkan di empat PPS.

Di Sabah, daerah Telupid masih terdapat 17 penduduk daripada 6 keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang beroperasi.

Media Baharu