FOTO JBPM
MIRI, 7 Januari - Mayat lelaki yang hilang selepas terjatuh dari bot semasa memancing bersama adiknya di Sungai Suai berdekatan Rumah Ngumbang Suai, Niah lewat petang Selasa ditemukan.
Mayat Abdul Wadud Dayyan Sastri, 29 tahun ditemukan pada 2.28 petang tadi oleh orang awam yang menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mangsa ditemukan di kawasan Pabong kira-kira 17 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Dalam kejadian 4 Januari lalu, Abdul Wadud terjatuh ke sungai selepas bot dinaiki terlanggar balak terapung.
Mangsa cuba diselamatkan adiknya namun gagal.