fb fb fb fb fb

Status pemegang UNHCR bukan lesen langgar undang-undang

FOTO BERNAMA

HULU LANGAT, 7 Januari - Jangan naik kepala dan kena sedar diri!

Itu peringatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada semua pelarian warga Rohingya.

Beliau menegaskan, status sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), bukan 'lesen' untuk mereka berbuat sesuka hati dan melanggar segala peraturan di negara ini.

Pihak terbabit perlu menyedari kedudukan mereka dan menghormati undang-undang Malaysia.

"Masalah kita Rohingya ini ada kad UNHCR. Saya sudah hampir dua tahun sedang berjuang untuk memastikan mereka yang mempunyai kad UNHCR faham akan kedudukan mereka. Mereka bukan rakyat, mereka hanya duduk di sini sebagai pelarian kena faham bahawa Malaysia bukan negara yang menjadi kepada pelarian.

"Kita hanya membantu jadi atas keperimanusaiaan kita lakukan dengan sebaik mungkin tapi jangan sehingga naik kepala. Bila naik kepala saya sebagai Menteri Dalam Negeri yang tidak suka melihat sesiapa naik kepala kepada undang-undang kita yang ada dalam negara", kata Hamzah selepas lawatan dan penyerahan dokumen diri kepada penduduk terjejas banjir di Taman Sri Nanding, di sini.

Mengenai insiden kanak-kanak Rohingya meminta sedekah ala samseng, beliau berkata polis telah diarahkan membuat siasatan dan mengambil tindakan bersesuaian.

Media Baharu