fb fb fb fb fb

KTMB: Permintaan Pas (MyRail5) dijangka meningkat

 Foto KTMB

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Permintaan terhadap Pas Perjalanan Bulanan Pendaftaran Tanpa Had RM5 (MyRail5) yang dikhususkan bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dijangka meningkat berikutan pembukaan semula sesi persekolahan dan kebenaran kapasiti penuh bagi pengangkutan awam.

Melalui kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rani Hisham Samsuddin memaklumkan sejak dilancarkan awal tahun lepas, MyRail5 telah mencatat lebih daripada 800 pendaftaran.

KTMB sentiasa menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan inisiatif MyRail5 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022.

MyRail5 menawarkan pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan hanya RM5.

Ia merangkumi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat).

Media Baharu