fb fb fb fb fb

PERHILITAN jadikan Zoo Melaka perintis pusat konservasi Harimau Malaya

AYER KEROH, 7 Januari - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) akan menjadikan Zoo Melaka sebagai perintis pusat konservasi bagi Harimau Malaya tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, fokus diberi kepada haiwan tersebut kerana populasinya yang kurang daripada 200 ekor.

Katanya, program ini bertujuan memastikan hidupan liar tidak pupus terutama dalam usaha membantu pembiakan baka selain membanteras pemburu haram dan bidang penyelidikan.

"Antaranya adalah Zoo Melaka pelopornya. Lepas itu kita buat pembiakan nanti bila dapat anak dengan ibu sekali kita akan bawa sana dan kita akan buat dia punya programlah. So dalam masa dua tahun atau tiga tahun kita rasa dia dah ok boleh cari makan sendiri dia dah mula takut dengan orang dan kita akan lepaskan balik dalam hutan...hutan habitat dialah", kata Abdul Kadir selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILI) Semananjung Malaysia di sini.

Turut hadir Yang DiPertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Untuk rekod, terdapat lima ekor Harimau Malaya di Zoo Melaka.

 

Media Baharu