fb fb fb fb fb

Setiap agama perlu dihormati, demi keharmornian negara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

MELAKA, 7 Mac- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan setiap agama perlu dihormati.

Beliau berkata kerajaan tegas dalam menangani isu agama bagi memastikan keharmonian di Malaysia terus terpelihara.

Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Kerajaan MADANI amat menekankan nilai hormat-menghormati, toleransi serta kesejahteraan bersama.

"Kita tidak mahu ada tangan yang menuduh, jari yang menuduh pihak kerajaan menurutnya tidak mengambil kepedulian mengenai perkara ini, terutamanya apabila dalam isu mempertahankan agama Islam.

"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah parti-parti didalamnya juga mendukung tentang apa yang termaktub dalam perlembagaan ini.

"Oleh yang demikian, jangan ada tundingan jari, ataupun pihak-pihak yang mempertikaikan pendirian kerajaan dalam hal ini, terutamanya kenyataan yang dibuat sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri", katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan 2025 di Masjid Ar -Rahman, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, individu yang menggunakan agama untuk mencetus pergaduhan antara masyarakat tidak akan mendapat keuntungan, malah hanya akan menghuru-harakan keharmonian negara.

ROSLINA BINTI DIN