fb fb fb fb fb

Sertai bengkel HOT sebelum kemuka permohonan - Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUANTAN, 19 Oktober- Tempoh kelulusan pensijilan halal akan dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari yang dilaksanakan sebelum ini, bagi memacu industri halal negara.
 
Pelaksanaan tempoh berkenaan sedang dilaksanakan secara percubaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ianya dijadikan tempoh baharu bagi permohonan pensijilan halal selepas ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan itu pemohon perlu mengikuti bengkel halal serta menerima latihan menyeluruh keperluan pensijilan sebelum mengemukan permohonan agar proses kelulusan tersebut dapat diproses segera.

"Halal On Track (HOT), jadi bengkel ini diadakan ikut wilayah tengah, wilayah selatan. Sekarang ini di wilayah timur dan akan ke Sabah dan Sarawak pada tahun depan.

"Ia membolehkan pemohon pergi ke bengkel berkenaan sebelum mengemukakan borang permohonan sijil halal. Jadi maknanya mereka telah ada kesedaran sebelum permohonan dikemukakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Halal On Track (HOT) @ Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.
 
Para pemohon boleh mengikuti atau mendapatkan maklumat mengenai bengkel berkenaan serta langkah cepat pemohonan pensijilan halal menerusi program HOT yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Pelaksanaan tempoh baharu itu sudah dimulakan melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan akedemi halal.
 
Setakat ini, JAKIM sudah bekerjasama dengan lima institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menyediakan juruaudit halal yang akan turut menjadi pegawai bagi menentukan piawaian berkenaan.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI