fb fb fb fb fb

Serbuan pusat hiburan, bekas Ahli Majlis antara 200 yang ditahan

GEORGE TOWN, 16 Oktober- Seorang bekas Ahli Majlis bergelar Datuk merupakan antara 200 orang ditahan dalam Operasi Bersepadu di Lebuh Chulia awal pagi tadi.

Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin operasi itu turut menerima kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Timur Laut.

Hasil serbuan pada pukul 1.30 pagi itu mendapati, seramai 200 individu beragama Islam ditahan di sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan.

Kesemua pelanggan dilaporkan sedang leka berpesta selain turut mengambil minuman keras semasa serbuan dilakukan.

Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

"Dalam serbuan yang kita lakukan, hampir 200 orang yang beragama Islam yang ditahan. Kita bawa kesemua ke IPD Timur Laut untuk proses saringan," kata Azizon kepada RTM selepas operasi berkenaan.

Operasi kali ini membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu meminum minuman yang memabukkan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Semua tahanan akan diberikan kaunseling untuk memulihkan diri.


(Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Mohd Azizon Noordin)

Media Baharu