fb fb fb fb fb

Malaysia-Afrika Selatan terus perkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor

FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa akan terus komited memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai sektor utama yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia telah memberikan jaminan bahawa hubungan dua hala akan terus diperkukuh, termasuk dalam sektor minyak sawit yang kekal menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Kami telah memberikan jaminan bahawa Malaysia dan rakan strategik akan terus bekerjasama, termasuk dalam sektor minyak sawit, yang masih berjalan dengan baik, serta dalam bidang semikonduktor, pertanian, dan pertahanan,” katanya.

Katanya dalam ucapannya dalam pertemuan dua hala dan sidang media bersama Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa di Kompleks Seri Perdana di sini.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, khususnya antara universiti serta institusi penyelidikan saintifik di Malaysia dan Afrika Selatan.

“Melalui kolaborasi ini, kita dapat memperkukuh pembangunan modal insan dan inovasi teknologi yang menjadi asas kemajuan masa depan,” tambahnya.

Selain itu, kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan juga akan diperluas melibatkan universiti-universiti serta institusi penyelidikan saintifik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM