fb fb fb fb fb

Program Langkah Sihat @ Batu Caves, pupuk budaya gaya hidup sihat Keluarga Malaysia

BATU CAVES, 16 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menyokong dan membantu Keluarga Malaysia untuk kekal sihat selain tumpuan kepada rawatan dan intervensi.

Ketua Setiausahanya, Datuk Harjeet Singh berkata, usaha untuk menggerakkan rakyat ke arah pembudayaan hidup sihat bukan sahaja membantu meningkatkan keupayaan imuniti badan malah demi penuaan yang sihat.

Justeru, Langkah Sihat @ Batu Caves antara program yang dilaksanakan ke arah membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi pendekatan 'keseluruhan negara'.

"Kawasan ini kawasan ikonik, dari segi keluasan kawasan juga kita boleh manfaatkan dengan berjalan dan sebagainya. Menariknya adalah aktiviti mendaki tangga. Mendaki tangga ini memerlukan kekuatan otot yang berbeza berbanding kita berjalan. Maka ini ialah satu cabaran bagi sesiapa yang menyahutnya," kata Harjeet kepada RTM selepas melakukan pelepasan (flag-off) kepada lebih 1,000 peserta Program Langkah Sihat @ Batu Caves, di sini.


(Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh ditemui media pada program berkenaan pagi ini)

Turut diadakan, Kayuhan Sihat, Zon Aktif dan Interaktif, runding cara hidup sihat serta pendidikan pencegahan denggi selain saringan kesihatan.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa tekad untuk membantu sistem kesihatan negara beralih tumpuan daripada rawatan dan intervensi setelah berpenyakit kepada menyokong dan membantu Keluarga Malaysia untuk kekal sihat.

Media Baharu