fb fb fb fb fb

PRU15: Usah berlengah, tawan hati rakyat - PM

BERA, 16 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) kurang daripada 60 hari selepas parlimen dibubarkan.

Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Beliau berkata PRU sebelum ini kebiasaannya akan dibuat selepas lima atau enam minggu sebelum tempoh mengundi.

"Pelaksanaan PRU ke-15 mesti dilaksanakan dalam tempoh 60 hari. Kebiasaannya, ia dilakukan lebih awal. Kita ada sebulan lagi untuk sampai tempoh mengundi. Proses penamaan calon pula dilakukan dua minggu sebelum hari pengundian kerana tempoh berkempen calon-calon PRU ke-15 adalah selama 14 hari. Jadi, saya yakin semua dah boleh menjangkakan bila PRU ke-15 ini," kata Ismail dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2022.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perutusan khas mengumumkan pembubaran parlimen pada 10 Oktober lalu.

Pembubaran parlimen itu dibuat mengikut Perkara 40 (2)(b), yang mana Perdana Menteri boleh membuat permintaan membubarkan parlimen, bukan untuk menasihati Yang di-Pertuan (YDP) Agong.

Tegasnya, budi bicara YDP Agong mengenai pembubaran parlimen yang tidak boleh dipersoalkan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam ucapannya semasa
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2022)

Media Baharu