fb fb fb fb fb

Serbuan pangsapuri di Jalan Sultanah Aminah, sindiket judi dalam talian tumpas

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 29 September- Satu sindiket judi dalam talian berjaya ditumpaskan Polis Johor menerusi serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Sultanah Aminah, Johor Bahru, Selasa lepas.

Lima lelaki tempatan berusia 20 hingga 40 tahun ditahan kira-kira enam petang di premis yang dijadikan pusat judi dalam talian.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket itu yang beroperasi sejak Mac lalu, didapati membuat kutipan harian hingga RM15,000 dan menyasarkan pelanggan dari Singapura.

"Semua yang ditangkap berperanan sebagai operator iaitu menambah nilai kredit dan cuci kredit. Mereka berinteraksi dengan pelanggan untuk mempromosikan judi dalam talian, transaksi melalui perbank dalam talian," kata Kamarul Zaman.

(Datuk Kamarul Zaman Serbuan pangsapuri di Jalan Sultanah Aminah, sindiket judi dalam
talian tumpas)

Menurut beliau, setiap seorang dibayar gaji RM3,000 sebulan dan komisen 15%.

Semua tangkapan direman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama empat hari hingga 1 Oktober.

Media Baharu