fb fb fb fb fb

Serangan harimau belang, penternak lembu tanggung rugi hampir RM300,000

Seekor lembu betina mati akibat serangan harimau di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Meranto, Gua Musang / Foto RTM

GUA MUSANG, 20 Mei - Angkara harimau belang, dua penternak lembu di Kampung Meranto, Gua Musang, Kelantan mendakwa kerugian hampir RM300,000 ribu apabila lebih 70 ekor lembu mereka dibaham haiwan berkenaan sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu pada malam Sabtu lalu, seekor lagi lembu betina mati diserang haiwan berkenaan.

Rosli Shafii berkata sejak kejadian terbaharu itu, sudah lebih 30 ekor lembu miliknya mati.

"Dianggarkan lebih RM100,000 kerugian yang terpaksa saya tanggung," katanya ketika ditemui di Kampung Meranto, di sini.

Sementara itu Azlan Azib berkata selain menanggung kerugian ratusan ribu ringgit, mereka merasakan berputus asa untuk terus menternak kerana serangan kerap berlaku.

"Rasa putus asa apabila haiwan ternakan yang kita harapkan untuk dijual menjadi mangsa haiwan liar.  Rasa malas. Nak pelihara lembu pun jadi malas. Jadi kita bela ni bukan bela lembu. Macam bela harimau pula dah. Apa hasil kita dapat kan, ".

"Kemunculan harimau ini menyebabkan haiwan ternakan yang sebelum ini berada di dalam kawasan ladang keluar ke jalan utama sehingga memberi masalah kepada kami penternak

Beliau sehubungan itu berharap tindakan segera dapat diambil untuk keselamatan kami penduduk di kampung berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk berhubung kejadian itu.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN