fb fb fb fb fb

Seorang pesilat negara cedera ketika jalani latihan

KUALA LUMPUR,25 Julai - Persiapan kem negara terencat seketika apabila salah seorang pesilat yang diletakkan sasaran pingat emas, mengalami kecederaan ketika menjalani latihan.

Salah seorang atlet yang disasar emas itu mengalami keretakan tulang di bahagian jari tangan. Perkara tersebut disahkan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin.

Namun Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin menyatakan, atlet silat tersebut akan meneruskan pertandingan yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 31 Julai ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.


(Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin)

"Atlet yang kita sasarkan emas berlaku keretakan tulang. Kita tidak boleh nak bedah saat akhir jadi kita berdoa dan saya yakin dia boleh meneruskan pertandingan" katanya selepas Majlis Penutup Festival Antarabangsa Silat Warisan Dunia di ibu negara.

Beliau tetap optimis skuad silat negara mampu mencapai sasaran tujuh pingat emas di pertandingan Kejuaraan Silat Dunia 2022.

Setakat ini persiapan Kejuaraan Silat Dunia 2022 telah mencapai 80 peratus.

Kontinjen - kontinjen luar negara yang menglibatkan 40 buah negara juga telah mula hadir ke Malaysia dan bersedia untuk penyertaan Kejuaraan Silat Dunia 2022.

Media Baharu