fb fb fb fb fb

Seorang pelajar UPSI maut kemalangan

TANJUNG MALIM, 13 Januari- Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut, manakala empat yang lain cedera dalam satu kemalangan jalan raya di susur keluar tol (PLUS) di Behrang hari ini.

Mangsa, M. Yoogavani 20 tahun yang memandu, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Empat penumpang yang lain mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Slim River.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, ketika kejadian, kelima-lima pelajar tersebut sedang dalam perjalanan dari Batu Gajah ke UPSI.

Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di tepi jalan.

Kes diklasifikasikan bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Lima pelajar kemalangan jalan raya di susur keluar tol (PLUS) di Behrang)

Media Baharu